Kurus Tanpa Senaman


Nak turunkan berat badan tapi takde masa utk bersenam? Jangan risau. Aktiviti harian kita mampu buat kita menurunkan berat badan dengan percuma. Haa, sape yang tak suka bersenam atau takde masa, boleh praktikkan cara ni.


KETAWA

Tahukah korang dengan ketawa dapat mengurangkan stress dan juga akan membakar kalori. Bila kita gembira, badan secara automatik akan merembeskan hormon. 


NAIK TANGGA

Elakkan guna lif dan cuba naik tangga setiap kali nak ke pejabat ataupun ke kelas. Dengan naik turun tangga setiap hari, kita mesti boleh membakar sebanyak lima kilogram kalori. Banyak tuu.

MAKAN MAKANAN PEDAS

Berita baik buat penggemar makanan pedas kerana makanan kegemaran kamu ini mampu membuatkan kamu leboh kurus kerana ia dapat memanaskan badan kamu dan membakar kalori lebih banyak.

MAKAN LEBIH KERAP

Dengan makan lebih kerap, badan akan selalu mencerna makanan dan menjadi sekaligus membuatkan kita lebih aktif.

KOPI DAN SUPLEMEN

Minuman berkafein seperti kopi dan suplemen tambahan pasti dapat membantu meningkatkan kadar metabolisme dan menambahkan pengeluaran kalori.


SHOPPING!

Ni yang paling syok. hihi. Sesekali keluarkan peluh di pusat membeli belah pasti menghasilkan pulangan yang berbaloi. Lebih jauh kita berjalan, lebih banyak kalori dibakar. Hasilnya, bukan sahaja dapat membeli apa yang kita nak tapi badan pun makin sihat.


MELAKUKAN KERJA RUMAH

Haaa, ni penting! Pastikan hujung minggu kita terisi dengan perkara yang berfaedah seperti cuci rumah, basuh baju, mop lantai. Aktiviti ni merupakan salah satu senaman ringan buat mereka yang malas bersukan.

Apa lagi? Jom shopping! hihi :D



Post a Comment

0 Comments