Khasiat Tersirat di Sebalik Buah-buahan

Hai koranggggggg :D

Buat apa tu? Puasa tak? Alhamdulillah kalau puasa. heee.

Harini aku nak share sket ngn korang pasal khasiat tersirat2 buah-buahan yang kita selalu makan. Mesti ramai tak tahu kan? Aku pun baru tahu ni. Tadi dok belek2 majalah lama2 ni terbaca satu artikel pasal buah-buahan. Jom cekidaut!



STRAWBERI

Nama saintifiknya Fragaria. Ia tumbuh menjalar dan kaya dengan Vitamin C, Vitamin K, asid folik, potasium, riboflavin, Vitamin B5, Vitamin B6, magnesium, Omega 3 dan juga antioksidan yang berupaya memerangi radikal bebas.

KIWI

Cukup sekadar dua biji kiwi sehari sudah memadai sebagai diet seimbang harian kita. Ia dikatakan memiliki sajian gizi terbaik dan mineral yang seimbang sebagai khasiat lengkap keperluan manusia. Dua kali ganda manfaat Vitamin C daripada oren dan dua kali ganda khasiat Vitamin E berbanding avokadi sangat berbaloi untuk dijadikan hidangan terbaik.


BERI

Kaya dengan khasiat antioksida, Vitamin C, E, sumber serat yang tinggi dan kepekatan pati antosaninn sangat membantu melindungi diri daripada serangan jantung, kanser, kabur penglihatan dan hilang daya ingatan.


LEMON

Buah sitrus ni selalu digunakan utk diperap bersama makanan laut yang mentah mahupun daging sebagai agen pembunuh bakteria dan dan mikroorganisma di dalamnya. Ia juga terkenal membersihkan sistem penghadaman dan hati serta mencegah jangkitan saluran kencing. Kandungan vitamin C, B2, B3, B5, B6, karbohidrat, lemak, protein, kalsium nyata tidak mengecewakan.


EPAL MERAH

Korang selalu mengalami sembelit? Epal merah yang kaya dengan kandungan serat ini berupaya membantu melawaskan masalah perut. Selain itu, ia juga memiliki bahan fitokimia penting seperti kuersetin, catechinn phloridzin dan asid klorogenik.


TEMBIKAI

Sedap kan kalau dapat tembikai time cuaca panas gini. Lagi-lagi tembikai laici. yumeeyhhhh. Kadar kalori dalam buah ni sangat rendah. Kehebatan kalsium, karbohidrat, lemak, zat besi, magnesium, fosforus, potassium, protein, sodium dan gula di dalamnya mampu mengawal tekanan darah, meningkatkan daya penglihatan dan membantu proses penyembuhan luka.

PRUN

Buah ni merupakan buah pelam yang telah dikeringkan. Ia memiliki khasiat antioksidan, Vitamin A, kerotin, mineral, polyphenol dan juga serat yang tinggi yang mampu memperlahankan proses penuaan dalaman dan luaran badan manusia.


NAGA

Buah naga yang manis ni juga dikenali sebagai Magifera Indica. Ia terbukti berkesan mengurangkan risiko barah, gangguan peredaran darah dan juga masalah jantung. Kandungan vitamin B2, B1, C, A, antioksidan dan kalsium sangat mengagumkan.

Jom makan buah-buahan hari-hari! :)

Post a Comment

0 Comments