Kekal Cantik dengan Sekeping Roti


Hahh, macam tak percaya kan?

Ya, memang betul sekeping roti ia boleh mengekalkan kesihatan serta kecantikan semulajadi yang ada pada diri kamu dengan syarat kamu harus bijak mengabungkan dengan beberapa campuran buah-buahan serta sayuran.

Nak tahu macam mana ? Jom ikuti REMAJA

1)    ROTI + COKLAT + KEKACANG + PISANG
Campuran ini dapat menghasilkan dan menaikkan hormon gembira. Malah ia juga dapat mengekalkan keseimbangan kandungan gula dalam badan. Oleh itu, gabungan ini dapat mengurangkan rasa tertekan dan menghilangkan perasaan sedih yang timbul.

2)    ROTI + KEJU + STRAWBERI
Gabungan ke dua elemen ini mampu membuatkan diri kamu terasa tenang serta membuatkan diri lebih relax. Jika kamu mengambil gabungan ini sebelum tidur, ia akan lebih memudahkan kamu untuk tidur dengan nyenyak dan dapatkan tidur yang berkualiti.

3)    ROTI + SOFT CHEESE + BLACKBERRIES
Kalsium yang ada pada cheese membantu mengekalkan kelembapan dan kesegaran kulit. Malah, blackberries juga mengandungi vitamin C yang mampu melawan kedutan di wajah. Jadi, gabungan ini sangat sesuai untuk individu yang sangat menjaga kecantikan kulit wajah.

4)    ROTI + AVOCADO + LADA HITAM + GARAM + SOS CILI
Ingin miliki perut yang ramping ? Gadungan 4 elemen ini mampu membakar lemak terkumpul di bahagian perut serta menaikkan metabolisma dalam badan.

5)    ROTI + SALMON + TIMUN
Omega-3 yang ada dalam isi ikan salmon mampu memperbaiki sel-sel dalam badan. Malah ia juga menambah tenaga serta menaikkan semangat kamu.

6)    ROTI + MIX VEGETABLE
Gabungan ini sangat berkhasiat, malah ia juga mengandungi vitamin. Untuk efek yang lebih, tambahkan sedikit lada hitam dalam sayuran tersebut untuk menaikkan metabolisma serta membakar lemak yang tepu.

Sumber : Internet

0 comment... add one now