'KAYA' Sekejap dengan Wang Pinjaman


        Mungkin time ini korang baru je memulakan cuti semester yg panjang. sengaja nak ajak korang yg masih belajar ni utk #throwback, apa yg kita buat n guna dengan wang pinjaman semester lepas atau semester2 sebelum ni. habis kemana eh duet2 tu? phone jenis apa yg korang dah penah beli guna duet pinjaman tu?

       Terasa? takpe. Sape yg tak teruja tgk baki dlm akaun bank tiba-tiba banyak. Aku pun teruja. hahaha. Lagi lagi yg tak biasa atau pernah duet banyak2 sebelum ni. Seronok bukan main katanya. Tgk duet banyak2 mula la fikir nak beli itu ini, tgk wayang, dating ngn gf semua. Sudahnya, makna duet pinjaman pendidikan tu sekadar di atas kertas. yYg dilaburkan utk tujuan pendidikan berapa percent lah sangat? Fikirkan.

ORANG KAYA BARU

         Adat kehidupan kt kampus selalunya gitu lah. Bukan isu baru pun ke mana duet pinjaman yg diterima tu dilaburkan. Sebetulnya,  itu la yg paling dinantikan oleh setiap pelajar. Bila hari duet mara bagi, sepanjang hari check, tanya kawan sama ada dah masuk belum duet pinjaman. Tak kiralah senior atau pun junior.
        Bagaikan orang kaya baru, macam2 barang nal beli. Siap dah tulis dalam kertas apa yg nak beli. Sekian lama dipendam, apa yg dihajati bakal direalisasikan. Sudah tentu yg berkaitan pelajaran dan pengajian jatuh di nombor sedikit ke belakang dalam senarai perbelanjaan.
       Situasi gini bukanlah sesuatu yg asing bagi kebanyakan penuntut Institusi Pengajian Tinggi ( IPT ) . Wang pinjaman yg diterima menjadi modal berbelanja kepada kebanyakan warga kampus, dan rata-ratanya mampu meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi sbb bantuan pinjaman yg diberikan.

SALAH GUNA

       Hurm. Isu penyalahgunaan wang pinjaman ini juga kerap berlaku apabila golongan muda yg masih kurang pengetahuan soal pengurusan kewangan, berbelanja berlandaskan nafsu semata-mata. Akhirnya, tak smpai sebulan, wang dalam simpanan dah mula berkurang. terpaksalah call ibu bapa di kampung memohon 'biasiswa pa&ma' sbgai ihsan.
       Adapun sekarang ni mcm2 gajet berteknologi tinggi ketika ini dilihat antara punca aliran wang penuntut IPT keluar selaju air paip mengalir. Berdasarkan info yg diperoleh hasil kajian juruhebah di sebuah stesen radio swasta tentang isu ni, separuh daripada duet pinjaman habis dilaburkan golongan penuntut dengan menukar telefon bimbit yg lebih canggih. Tentunya jenis android menjadi idaman sejak akhir-akhir ni. Pensyarah punya telefon bimbit pun kalah dengan kepunyaan penuntut2. kaya kan pelajar IPT? 
       Tu belum masuk bab nak beli kamera DSLR, tukar lappy baru, beli handbag, modify kereta motor takpun bercuti di pulau bersama-sama kawan2. Buku rujukan tak dilupakan jgk tapi banyakya fotostat je. utk kurangkan kos katanya. Pelik.

MODAL BERCINTA

       Haaaa, ni lagi satu kes! modal bercinta turut termsuk dalam senarai. betul tak? kalau yg jenis keluar dating setiap hujung minggu, paling kurang belanja pun rm50. ni termasuklah pengangkutan, makan , tiket wang lagi.
       Yang terlebih romantik pulak, sanggup habiskan duet utk hadiahkan barangan branded kepada pasangan masing-masing. Sayang katanya. kerana sayang, sanggup ikat perut. takpun makan mi segera ataupun maggi sementara tunggu semester tamat.

UTAMAKAN KEPERLUAN

      Itulah hakikat kehidupan penuntut IPT dan wang pinjaman. Rata-rata mewah hidup pada awal semester, tp bila dah pertengahan bulan mulalah tertekan. Apabila kehendak diri lebih didahulukan, akhirnya 'sesak' utk dapatkan keperluan yg sepatutnya.
      Soooooo, buat para penuntut IPT dan aku jugak, gunalah sebetulnya duet pinjaman yg diterima tu. Guna apabila perlu sahaja, yg selebihnya menabunglah utk masa depan. Betulkan niat, kembalilah kepada matlamat asal melanjutkan pengajian utk peroleh ilmu, maka dahulukan apa yg perlu didahulukann.
      Wang pinjaman utk meringankan beban, bukan utk menyusahkan kita ataupun menambahkan tekanan. Jadi manfaatkanlah sebijaknya. Dah belanja sakan nnt, bila dah tiba masa nnt jgn pulak liat nak bayar. Renung-renungkan. tepuk dada tanya Iman.

#NoteToSelf

Post a Comment

5 Comments

  1. Jangan lupa bayar pinjaman udah laa...

    Boleh belanja S5 satu.. duit tengah banyak kan?

    ReplyDelete
  2. hahahaha akak teringat zaman belajar dulu..tapi duit PTPTN diguna berjimat2...kalau boleh tak nak susahkan mak abah..tapi lepas 2-3 bulan, kena jugak mintak duit belanja..sebab ye lah dah buat makan, beli buku, assignment etc...

    salam singgah, care visit my blog yea..

    ReplyDelete
  3. Kak fiza kawal duit PTPTN adik.haha .kejam tak?

    ReplyDelete
  4. duit pinjaman ptptn Rm1500 tak bayar lagi. hihihi

    ReplyDelete
  5. Apakah Anda mencari pinjaman bisnis, pinjaman pribadi, pinjaman rumah, mobil
    pinjaman, pinjaman mahasiswa, hutang pinjaman konsolidasi, pinjaman tanpa jaminan, usaha
    modal, dll .. Atau apakah Anda menolak pinjaman oleh bank atau keuangan
    lembaga untuk satu atau lebih reasons.You di tempat yang tepat untuk
    solusi pinjaman Anda! Saya seorang pemberi pinjaman pribadi, saya memberikan pinjaman kepada
    perusahaan dan individu pada tingkat bunga rendah dan terjangkau dari
    2%. Bunga. Silahkan hubungi kami via email

    terima kasih,
    Mrs Stacy Banks

    ReplyDelete