Jadilah The Walking Quran



      Kita sering dengar istilah 'kamus berjalan' . Istilah ini biasanya ditujukan kepada orang yg daya hafalnya begitu kuat hingga apa yg ditanya kepadanya mampu dijawab. orang tersebut bak sebuah komputer yg mampu menyediakan data apa yg diminta.

     The Walking Quran atau 'Quran berjalan' lebih sekadar itu. orang yg disebut sebagai 'the walking Quran' boleh dijadikan tempat bertanya sekaligus sebagai teladan. tidak hanya mghafal ayat-ayat al-Quran tapi mampu memahaminya dengan baik. Kehadirannya tidak hanya mmbantu tetapi menuntun manusia keluar dari dunia yg gelap menuju cahaya yg terang. Dalam al-Quran surah Thahaa, 20:2 dinyatakan bahawa al-Quran tidak akan membuat manusia jadi susah. itu bererti semakin mendampingi al-Quran, hidup akan menjadi mudah. moga kita menjadi sebahagian daripadanya.

JALAN MENUJU QURAN

Untuk menjadi individu the walking Quran, perkra-perkara berikut perlu diketahui.

1. TILAWAH WA TARTIL ( SELALU MEMBACA DENGAN BETUL )
  • suka membaca al-Quran akan menambahkan kebaikan, baik dalam keadaan miskin mahu pun kaya serta mempertingkatkan ilmu.
  • membaca secara tartil akan melepaskan manusia daru belenggu kesesaran, menenagkan fikiran dan hati yang kalut serta merasakan kegembiraan dalam mghadapi situasi kehidupan.
  • membaca secara kelompok akan mendatangkan ketenangan dan rahmat serta syafaat di hari kiamat ( riwayat Bukhari dan Muslim ).
2. TADABUR ( MERENUNGKAN KANDUNGANNYA )
  • bertadabur al-Quran boleh membuka hati untuk menerima petunjuk Allah dan mendapat ilmu.
3. HIFZH ( MENGHAFAL )
  • dengan menghafal al-Quran akan mengembangkan saraf otak.
  • penghafaz al-Quran tidak akan diseksa setelah meninggal, jasadnya diharamkan oleh Allah utk dilukai Bumi.
4. TA'LIM ( MENGAJARKAN )
  • Manusia terbaik adalah mempelajari al-Quran dan mengajarkannnya. ( riwayat Bukhari )
  • generasi yang dekat dengan Allah adalah yang tidak berhenti belajar dan mengajarkan al-Quran.
  • Ilmu yang diamalkan akan bertambah ( riwayat Abu Syeikh )
5. ISTIMA' ( SENTIASA MENDENGARKANNYA )
  • Mereka yg suka mendengarkan al-Quran akan mendapat rahmat, kebaikan dan kemenangan serta diberi khabar gembira.
  • Allah memberikan satu mulut dan dua telinga adalah utk mendidik manusia supaya sedikit bercakap bercakap dan banyak mendengar.
  • Mendengarkan wahyu akan mendatangkan ketenteraman jiwa, kesucian hati, menghilangkan gangguan syaitan, menguatkan jiwa dan meneguhkan langkah kehidupan.
Sesungguhnya, apabila hidup berpegang pada al-Quran, ia akan menjadi pengubat rindu. oleh itu, langkah-langkah di atas tidak boleh dipandang remeh. Secara emosionalnya, al-Quran memberikan belaian dan ubat utk tenteramkan hati. Secara spiritual pula, dengan membacanya, seolah-olah mendengar kembali Tuhan berfirman kepada dirinya.

#Jom jadi The Walking Quran korangggg :)

Post a Comment

0 Comments