Ayuh Berdepan dengan Haters!


“Haters gonna hate”

Pernah dengar quote ni ? Mesti pernah kan?

Takpe, jangan risau. Ada kalanya bila ada yang mula mencemburui kita itu tandanya prestasi kita lebih cemerlang berbanding dirinya. *clapclap* 

Ya memang perit dan sakit hati bila fikirkan apa yang mereka buat pada kita, kata-kata berbisa yang mereka lemparkan dan sabotaj-sabotaj yang mereka lakukan tetapi jangan terus tertekan dan ‘jatuh’ dengan sikap mereka. Ayuh bangun dan berdepan dengan mereka!

1)  BERSEMUKA
Jika individu itu suka bercerita buruk di belakang kita, cuba cari peluang untuk bersemuka dengannya. Tidak perlu bergaduh dan bertegang urat, berbincang dan cuba cari jalan penyelesaian. Tunjukan pada hater itu kita sangat seorang yang tenang dan positif. Sikap kita seperti itu pasti membuatkan si dia sedar perbuatannya yang agak kebudak-budakkan dan buang masa.

2)  DIAM JANGAN MENJAWAB
Sekirannya si dia berkata buruk pada kita? Diamkan jeee. Jangan menjawab. Kalau kita menjawab kita akan mengeruhkan lagi keadaan. Jika kita diam dan biarkan si dia begitu lama-lama individu itu akan penat dan diam.

3) FIKIR POSITIF
Biarlah apa yang mereka ingin perkatakan dan lakukan pada kamu, cuba fikir sesuatu yang positif. Ingat segala yang berlaku pasti ada hikmahnya. Sebaiknya bersabar dan jangan putus berdoa mudah-mudahan di perlembutkan hatinya dan si dia tidak akan mengulangi sikap sebegini lagi.

4) SENYUM
Senjata utama buat si haters sebenarnya bukanlah dengan kata-kata sinis dan kasar. Sebaliknya lemparkan sahaja senyuman pada dirinya. Tindakan spontan ini pasti akan membuatkan si dia rasa ‘kalah’ dengan kita. Mana tidaknya, kita membuktikan padanya yang walaupun kita di hentam teruk olehnya, kita masih boleh tersenyum riang dan dia pula, yang di harapkan kegembiraan rasa sakit dan terkena pula si dia rasa.

Attention seekers. Gelaran sesuai utk haters gini. Kalau jeles, berubah lah jadi lebih baik dengan cara yg sihat bukan dengan mengata belakang. Tak lut wehh. Renung-renungkan dan selamat beramal :)

Post a Comment

6 Comments

  1. Betul!!! Setuju dengan kata kata fatin.. Jalan paling terbaik ialah diamkan diri. Lantak la mereka nak buat apa

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn. jgn dilayan org gini. tak guna. entry ni utk ena sbnrnye. hihi

      Delete
  2. idea yg baik....hope dapat buat dengan cemerlang...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. yep yepp. selamat amalkan selalu. hihi

      Delete
  3. keep it up , let them be.

    ReplyDelete