Awas! 7 Makanan Diet tidak Sihat


Beberapa jenis makanan berikut patut kita hindari sekiranya ingin diet kita sukses. Kegagalan menurunkan berat badan ibarat usaha yang sia-sia. Bagi yang ingin cantik, kita harus mencapai sasaran kita. Apalagi, jauhi segera makanan yang kita sukai.

SMOOTHIE

Minuman lazat ini memang menyegarkan dan kaya dengan kandungan vitamin. Namun jangan terpedaya dengan kelazatannya kerana makanan ini sebenarnya banyak lemak, kalori dan gula. Pastikan smoothie yang kita nikmati itu hanya berisi buah-buahan, sayur-sayuran dan susu rendah lemak sahaja.

SODA DIET

Meskipun soda diet mempunyai kalori dan gula yang rendah, namuin ia mampu menambahkan berat badan kita sedikit demi sedikit. Pilihan di tangan kita semua sama ada mahu terus menikmati minuman kegemaran ini atau kekal langsing dan cantik sepanjang masa.

SOS SALAD RENDAH LEMAK

Meskipun rendah lemak dan kalori, sos jenis ni biasanya mempunyai kandungan gula atau fruktosa yang tinggi utk tujuan menambahkan rasa.

MAKANAN OLAHAN & SNEK

Mengambil makanan diet yang beku bukanlah pilihan yang tepat bagi mereka yang sedang diet. Mereka harus berhati-hati kerana kadang kala jenis makanan seperti ini mempunyai gula dan sodium yang tinggi. Sebaiknya, periksa label yang terdapat pada bungkusan.

PEMANIS BUATAN

Beberapa kajian dilakukan membuktikan bahawa pemanis buatan boleh membuatkan pengambilnya akan merasa lebih lapar. Lebih baik kamu mengambil makanan yang mengandungi gula semula jadi atau tanpa gula langsung.

KEREPEK PANGGANG

Makanan ringan ini biasanya mengandungi banyak sodium dan gula. Jika inginkan kudapan, cubalah kuih- kuih daripada beras atau gandum serta sayuran mentah.

YOGURT PELBAGAI PERISA

Yougurt memgandungi kalsium dan protein yang bagus utk diet. Tetapi rasa yang ditambah pada yogurt kadang kala mengandungi gula dan kalori berlebihan yang boleh menggagalkan diet kita. Cubalah yougrt tanpa rasa dan tambahkan satu sudu makan madu asli atau buah-buahan segar.

Selamat mencuba! :)

0 comment... add one now