Amalan Orang Yang Mendapat Doa Malaikat


Mereka yang berbuat amalan kebaikan akan dibalas dengan ganjaran pahala. Bahkan pada akhirat nnt para malaikat akan memberikan syafaat, sebagaimana yang dijelaskan di dalam Sahih Muslim dan yang lainnya. Para malaikat juga akan memberikan syafaat di dunia yng mana mereka akan memohon keampunan untuk semua orang mukmin.

Di dalam Al-Quran dan As-Sunnah telah dijelaskan tentang dua golongan iaitu: pertama, golongan yang berbahagia iaitu mereka yang didoakan oleh para malaikat dan golongan kedua ula ialah golongan yang sengsara iaitu mereka yang dilaknat oleh para malaikat. Nak tahu apakah ciri-ciri golongan atau mereka yang didoakan oleh malaikat? Jom baca keterangan di bawah ni. 

  1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.
  2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.
  3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.
  4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah ( tidak membiarkan kekosongan di dalam saf)
  5. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan
  6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat
  7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.
  8. Orang yang membelanjakan hartanya ( infak )
  9. Orang yang sedang menjenguk ( melawat ) orang sakit.
  10. Orang yag sedang makan sahur.
Marilah kita motivasikan diri kita untuk melakukan amalan baik bagi memperoleh tempat di dalam golongan orang-orang yang didoakan oleh para malaikat.

Post a Comment

0 Comments