5 Sebab Kenapa Perlu Makan Mangga


ce teka buah apa ni? Buah mangga laaaa :D sape tak tahu ni buah apa meh aku nak ketuk kepala dia guna senduk. ehhh, gurau jeee. heeee.

Lagi-lagi dapat mangga yang manis dengan isi kekuningan memang buat aku kecur air liur. makan sebijik memang tak cukup. wiwiwiwi. Lepastu dapat buah Jus Mangga time cuaca panas2 gini tak pun berbuka dengan Jus Mangga. pehhhh, mmg sedap lah. tak carik air lain dah. hihihi.

Banyak sebenarnya khasiat buah mangga ni. Sangat elok kalau makan buah mangga ni. Kalau korang dah tahu khasiat buah mangga mesti korang nak makan hari-hari punya :D

1. Mengurangkan paras kolesterol


Tahap vitamin C, pectin dan serat yang ditemui di tahap yang tinggi dalam mangga mampu untuk mengurangkan tahap kolesterol serum di dalam badan, khususnya LDL atau (low-density lipoprotein) juga dikenali sebagai kolestrol jahat.

2. Mangga dapat elak kanser

Kajian telah menunjukkan sebatian antioksidan dalam buah mangga telah ditemui untuk melindungi anda daripada kanser kolon, kanser payudara, kanser prostat dan leukemia. Sebatian ini adalah isoquercitrin, quercetin, fisetin, astragalin, methylgallat serta kandungan enzim yang banyak.

3. Membantu penghadaman

Terdapat banyak buah-buahan serat termasuk mangga yang mempunyai kualiti serat yang dapat membantu proses penyingkiran bahan yang tidak diperlukan badan juga memperbaiki penghadaman.

4. Kesihatan mata

Secawan jus mangga yang dihiris membekalkan 24 peratus daripada nilai harian Vitamin A yang diperlukan oleh badan yang dapat membantu memperbaiki tahap kejelasan mata anda serta mencegah mata daripada menjadi kering.

5. Merangsang sistem imuniti badan

Kandungan vitamin A dan juga vitamin C dalam mangga ditambah dengan 26 jenis carotenoids penuh manfaat pada badan manusia dapat membantu memastikan sistem imuniti anda menjadi lebih kuat dan sihat.
 
Banyak kan khasiat yang berguna utk tubuh badan kita mangga nihh? Mari amalkan makan mangga agar kita kekal sihat untuk mengharungi hari mendatang :)

Post a Comment

1 Comments

  1. Adeh , tapi Kak Ty tak reti makan makanan atau minuman yang terlalu masam dan manis. Acaner ni?!

    ReplyDelete