Samsung Smart Bike

samsungsmartbike

Basikal pintar Samsung ini adalah antara projek terbesar dihasilkan oleh Samsung Maestros Academy dan juga hasil konkrit dua generasi yang bekerja bersama-sama memelihara dan melakukan inovasi pengetahuan purba melalui teknologi. Selain daripada menghasilkan peranti pintar dan alatan elektronik Samsung juga menghasilkan sistem senjata artileri K9 Thunder untuk kegunaan Tentera Republik Korea.

Terbaru, mereka menceburi bidang penghasilan kenderaan pintar pula yang diberi nama Samsung Smart Bike.

Keistimewaan basikal pintar ini dilengkapi dengan sistem kamera, GPS dan laser bagi memastikan penunggang sentiasa dalam keadaan selamat. Selain itu, terdapat juga komponen pintar lain seperti Wi-Fi, Bluetooth, 4 laser projektor dan kamera digital yang semuanya dikawal melalui telefon pintar. Kamera pandangan belakang membolehkan penunggang untuk sentiasa tahu dan awas berkenaan apa yang ada di belakang tanpa perlu menoleh ke belakang.

Sistem pancaran laser pula memancarkan laluan basikal anda sendiri. Sistem GPS disediakan bagi membolehkan orang lain mengesan lokasi anda ketika menunggang atas sebab keselamatan.

Basikal pintar ini masih dalam proses ujian dan belum ada perancangan untuk menjualnya kepada umum

sumber : maestrosacademy.it & amanz.com

Menarik! kalau betul ada ni, aku nak beli :D hee

0 comment... add one now