Pengaruh Warna ke Atas Fesyen & Emosi

 

Bergayalah tanpa batasan, usah ragu-ragu! bila berfesyen, kita kena bijak menggabungkan warna mengikut kesesuaian gaya yang kita nak. bukan tu je, gaya terbaik adalah apabila kita berfesyen dengan rona yang padan dengan personaliti kita. jom tgk mana yang sesuai dgn kita!

MERAH

Jika anda peminat warna merah, anda adalah seorang yang tegas tetapi amat disayangi. walaupun begitu, anda mudah dilanda gangguan emosi yang boleh merubah mood anda. gaya terbaik utk anda adalah dengan memilih aksesori rona merah agar penampilan anda tidak keterlaluan. memilih utk menggayakan kasut bertumit rona ini akan menampilkan imej berani dan ingin disayangi dalam diri anda.

HIJAU

Anda mudah menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan. Mendambakan perhatian dan kerap menyinggung perasaan orang lain hanya dengan kata-kata sahaja. gaya terbaik adalah memilih aksesori rona ini. paling menarik, gayakan skaf atau aksesori yang minimum ketika memakai warna ini.

KRIM

Anda seorang yang berdaya saing dan suka memberi dorongan kepada orang lain. emosi anda rapuh, seorang yang sensitif! paling baik, gayakan blaus rona krim dengan jean atau skirt untuk gaya manis.

MERAH JAMBU ( PINK )

Seorang yang berazam tinggi. berusaha sebaik-baiknya untuk mendapatkan apa yang anda inginkan. tidak bagusnya, anda gemar mengambil tahu pasal orang lain sehingga menimbulkan rasa kurang selesa pada mereka. warna lembut ini boleh digayakan dalam pelbagai fesyen. pilihlah busana atau aksesori yang anda inginkan, tiada masalah!

EMAS

Mudah bergaul dengan sesiapa sahaja dan sentiasa berfikir sebelum bertindak. Walaupun dilanda masalah, anda jarang menunjukkan emosi sedang bersedih. warna emas tidak boleh digayakan secara keterlaluan. pemilihan aksesori rona ini dan dipadankan dengan busana hitam mewujudkan imej elegan. itu sahaja sudah memadai!

UNGU

Lebih pendiam dan agak misteri. tidak ramai orang yang mudah mendekati anda. tidak mementingkan diri tapi mudah terpengaruh. blaus atau dress ungu akan membangkitkan sisi misteria anda. lebh cantik jika digayakan dengan aksesori rona gelap seperti hitam.

BIRU

Seorang yang pemilih dan kurang keyakinan diri. lebih menjurus ke aliran seni. kurang bergaul dengan orang lain tapi sangat menghargai orang di sekeliling anda. rona biru ada pelibagai tona. pilih ton lembut jika mahukan gaya ringkas.tonaini sangat tenangMenggayakan ton yang sedikit kuat akan mengubah penampilan anda kepada lebih serius dan penuh karisma.


KUNING

Penggemar rona ini sangat tenang dan sopan. Mudah dpercayai dan cenderung menguasai sesuatu perhubungan. Anda juga seorang yang optimis kerana sentiasa berfikirang jauh ke hadapan. busana kuning sesekali dapat menarik perhatian orang sekeliling. lengkapkan gaya anda dengan pilihan aksesori rona lembut seperti merah jambu atau biru. cubalah!

HITAM

sukakan cabaran dan berani untuk mencuba perkara baru. Tetapi anda kurang suka dengan perubahan mendadak dalam hidup anda. hebatnya rona ini kerana boleh digayakan  dalam apa jua gaya. tidak kisahlah sama ada anda bergaya dengan busana mahupun sekadar pemilihan aksesori rona hitam, penampilan anda akan kelihatan sofistikated. bonus!
COKLAT ( WARNA KAYU )

Penggemar rona ini amat mementingkan kecantikan. anda juga sangat santai dan tidak suka memandang sesuatu masalah itu secara serius dan sangat peramah. untuk gaya menarik, bergayalah dengan dress warna kayu atau sekadar memilih tas tangan daripada rona ini. kesederhanaan dalam berfesyen adalah paling sesuai buat anda.

PUTIH

mempunyai matlamat yang jelas dan sentiasa berusaha keras untuk mencapainya. Penyabar dan mempunyai perwatakan yang sangat lembut. tetapi anda kuat cemburu, awas ya! Menggayakan busana rona putih akan membuatkan penampilan anda penuh stail. selain itu, rona putih sangat bersih dan bergaya dengan warna ini akan membuatkan penampilan anda tidak keterlaluan

Post a Comment

0 Comments