Jerebu. hurm



Banyak dugaan tahun ni nak sambut bulan ramadhan. dengan el-nino nya, dengan jerebu nya. hurm

uolsss, pls jaga kesihatan okayy.

ni petikan dari harian metro.

'' Setakat jam 3 petang tadi, tiga lagi lokasi iaitu Pelabuhan Klang, Batu Muda dan Cheras (Kuala Lumpur) masing-masing mencatatkan bacaan IPU 104, 116 dan 102. Jumlah itu menjadikan enam lokasi di seluruh negara merekodkan tahap IPU tidak sihat dengan tiga lagi lokasi terdahulu iaitu Nilai (107), Banting (125) dan Putrajaya (110). 

Menurut laman web rasmi JAS, enam lokasi itu mencatatkan bacaan IPU tidak sihat berdasarkan laporan semasa pada jam 3 petang berkenaan.JAS turut menasihat orang awam supaya mengehadkan aktiviti luar bagi kawasan yang terjejas serta memakai topeng muka sebagai langkah kesihatan.
Difahamkan, keadaan jerebu yang melanda di beberapa tempat seluruh negara adalah kesan kejadian kebakaran yang berlaku di negara jiran.

IPU antara 0 dan 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Semalam, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G Palanivel berkata, pembakaran di Sumatera Tengah menjadi punca munculnya jerebu di beberapa kawasan pantai barat Semenanjung.

Katanya, pencemaran jerebu merentas sempadan yang melanda negara ketika ini berikutan musim Monsun Barat Daya dijangka berterusan sehingga September.''
sumber : harian metro.
wajib pakai mask okayy. nak puasa, raya ni. kesihatan kena jaga. kalau tak, raya kt hospital lah jawabnyaa. hewhew
korang boleh baca entry ni jgk. tips menghadapi musim panas.
http://www.fatinbella.com/2014/06/tips-untuk-menghadapi-musim-panas.html

Post a Comment

0 Comments