DNA babi takde dalam Cadbury?


BANGI: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) hari ini mengesahkan tiada DNA babi dikesan dalam dua sampel coklat Cadbury yang diambil terus dari kilang produk tenusu berkenaan minggu lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, sampel yang dianalisis oleh Kementerian Kesihatan sebelum ini sudah tercemar kerana ia tidak diambil terus dari kilang berkenaan. 

Beliau mengumumkan perkara itu pada sidang media di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) di sini, sebentar tadi. 


Jamil Khir berkata, tiada sebarang hasrat kerajaan untuk melindungi syarikat Cadbury Confectionary (M) Sdn Bhd kerana ia adalah tanggungjawab JAKIM untuk menyakinkan umat Islam.

"Untuk tindakan susulan, kita akan buat pemantauan sekali lagi secara menyeluruh di kilang berkenaan supaya produk yang dikeluarkan benar-benar mematuhi piawaian pensijilan halal Malaysia," katanya.

boleh refer link ni :  http://www.bharian.com.my/bharian/articles/TiadaDNAbabidalamduacoklatkeluaranCadbury-JAKIM/Article/?mutakhir=1


sekejap halal sekejap tak halal sekejap halal. hurmmmm

kalau aku la, aku dah tak makan dah lps kes meragukan ceni. biarlah tak makan punn. tak rugi. jimat duit sket. hehehe yg penting selamat :'D 

kalau yg yakin tu boleh la makan blk. kalau yg rasa was-was, takya lah makan :'D hewhew

tepuk dada tanya imannnnnn :')

3 comments.. read them below or add one

khairul lessi khairul lessi 02 June, 2014
Makanan klu dh shubhah...dikira haram :')
ecah khalili ecah khalili 02 June, 2014
bila dah meragukan macam ni lebih baek xmakan..
Zierwa Zainal Zierwa Zainal 02 June, 2014
same goes to me.. byk lagi coklat lain nk mkn kan.. halal..haram buat pengguna jd konfius..huhu