Diet Sukses!


selamat petang!
harini aku nak share pasal diet sukses. haaa, cemana tu? mehh ikut tips arahan terbaik ni :)

1. BOLEH MAKAN KETIKA LAPAR!

Menurut Dr Madelyn Fernstrom, perunding diet dan penulis buku The Real You Diet, selain anda harus meneliti apa yang membuatkan ada lapar, anda juga harus mengatasi godaan ketika rakan anda menikmati aiskrim, kentang dan sebagainya. Pastikan anda membuat peraturan sendiri, contohnya, hanya mengambil sedikit sahaja makanannya dan selebihnya anda simpan di dalam bekas yang boleh menjauhkan dari pandangan mata dan mulut.

2. WAJIB AMBIL SARAPAN SIHAT

Menurut Dr Andrea Giancoli, jurucakap AMerican Dietetic Association, seseorang yang tidak bersarapan akan cenderung untuk makan secara berlebihan pada waktu berikutnya. Jika anda mengambil sarapan, anda tetap merasa lapar pada waktu tengah hari, namun anda tidak begitu gelojoh untuk makan lebih banyak kerana telah mengambil sarapan.

3. TELITI KANDUNGAN NUTRISI SEBELUM MAKAN

Kebanyakan makanan ada dalam kemasan yang bertulis 'diperbuat dari bahan semulajadi', 'rendah lemak', 'baik untuk kesihatan' dan sebagainya. Walaupun ia ditulis begitu, tidak bermakna anda mengabaikan label makanan. itu. Anda harus membaca label nutrisi yang ada di belakang kemasan tersebut.

4. BOLEH MAKAN SETIAP 3-4 JAM

Sepatutnya anda makan bila perut memberi isyarat lapar dan berhenti sebelum perut merasa kenyang. Ambillah makanan sihat dan sesuaikan dengan jumlah kalori yang diperlukan dalam sehari. Ini boleh membantu anda langsing dengan cepat!

5. INGAT MAKANAN YANG SUDAH DIAMBIL

Anda perlu mengubah cara pemakanan dan mencatat apa yang anda makan. cara ini boleh membantu anda makan secara teratur dan fleksibel. Mungkin agak membosankan, tetapi ia membantu melancarkan diet anda.

6. FOKUS PADA MAKANAN

Anda perlu makan secara perlahan-lahan. fokuskan pada makanan yang dikunyah dan rasakan setiap gigitan sehingga anda merasa kenyang. Dr Yudih S. Beck, penulis buku The Back Diet Solution menyarankan waktu makan adalah 15 minit. Memang agak sukar untuk makan selama 15 minit tapi kalau dah biasa, ia menjadi mudah.

7. TAPAU MAKANAN

Anda boleh membuat strategi baru dengan berkongsi makanan bersama pasangan atau kawan anda. Anda juga boleh boleh memesan menu hidangan yang kecil, daripada anda membungkus makanan untuk dibawa pulang.

8. BELANJA YANG PERLU SAHAJA

Kebanyakan makanan sihat diletakkan di bahagian tengah pasar raya. jadi, untuk mengelakkan anda membeli secara berlebihan, pegang catatan anda dan jangan sesekali berbelanja dengan perut yang lapar.

9. WAJIB MAKAN 25g SERAT SETIAP HARI

Menyediakan kacang-kacangan dan biji-bijian memanglah baik. Cubalah anda memgambil sedikit oatmeal atau sebiji kuih yang mengandungi serat 12g. Tetapi jangan makan berlebihan kerana ia boleh membuatkan anda mengalami gangguan perut.

ayuh amalkan! sama-sama kita sihat yuk! :)

Post a Comment

0 Comments