Cabaran Catur Bistari 2013






tadaaaaaaa.

tgk hadiah dalam gmbar2 tu, menarik kaannnn. berbaloi sesgt kalau menang. sape je laaaa nak bagi kite ipong free, camera free, moto free, ipad free kann. fuhh pembakar semangat betul.

Cabaran catur bistari?
korang tawu ke cabaran catur bistari ni ape? haaaa meh sni aku nak cerita. 
cerita dia begini. cerita dia bermula time MSR (minggu silaturrahim ) UNIKL bulan september baru baru ni. ada laaaaaaaaaaa abg OC shahrul ni. diaa selalu promote catur bistari kt ktorg bebudak freshie ni. aku ni jadah haram satu pun tak phm dia cerita apa psl catur bistari ni. setakat dga je laa. kuikui. then masa orientasi kt kampus tu dia cerita lagi pasal catur bistari ni siap tunjuk lah board catur bistari apa bagai. dah dga habis2 tu, rasa mcm nak try lak. mcm best je main catur bistari ni. catur bistari ni lebih kurang mcm monopoly, jutaria apa bagai. board dia besarrrr . ceni haaaaa


cool kannn? ada 3 hari berturut turut abg shahrul buat latihan. tiga2 hari tu aku peg. seronok serious tak tipu. game ni boleh 7 org main. 5 pemain, satu banker, 1 penolong banker. duration 2 jam.  haaaaa. masa hari first tu tgk je dlu org main. yelaaa satu jadah taktwu. then next day tu aku main ah. serious best tak tipu. hahaha. then hari ke 3 dtg main lagi then tulis nama bagi kt abg shahrul. katanya nak hntar ktorg wakil ubis ( unikl business school ) kt peringkat ipta. fuhhh. agak gila senanye. yelaaaaaaa dah lah baru nak merangkak main catur bistari ni pstu ttbe dah masuk tournament cabaran catur bistari 2013. wakil ubis yknow. kuikui. takpe laaaa. gain experience. nahh, bila keluar senamai nama, yayyyy aku satu group ngn Aqif :p hikhik kalau nak join ni kena bayar sket ah. takpelah tak ksh lah kann. hee. kalau nak tawu lelebih ni haaaa baca bawah ni. aku kopipes je. just nak share ngn korang :)

Catur Bistari Pupuk Nilai Bisnes Berlandaskan Islam
Monopoly, Checkers dan Scrabble memang popular sejak dulu sebagai permainan menguji minda dan kemahiran berstrategi yang boleh disertai semua dan 'board games' ini boleh melibatkan sesiapa sahaja tanpa mengira peringkat umur.

Menggunakan konsep dan pendekatan serupa, "Catur Bistari" mahu dikenali seperti itu, dengan menyediakan pelbagai jenis dan tahap kesukaran permainan, daripada yang paling asas untuk kanak-kanak hinggalah yang lebih kompleks.

Johor Corporation membangun dan memperkenal permainan Catur Bistari ini yang bukan sekadar permainan yang menyeronokkan, tetapi mempunyai matlamat sampingan bernilai tinggi.

Istilah "catur" digunakan untuk memberi maksud ciri peraturan atau penyusunan strategi dalam perniagaan. Petak dan perjalanan permainan umpama "monopoli", memerlukan bilangan peserta empat hingga enam orang.

Istilah juruwang, jurubank, kad fitrah, pelaburan, bisnes amal, barakah, wang tunai dan gaji adalah ciri-ciri utama di dalam permainan perniagaan ini yang sesuai untuk seisi keluarga.

Rangkaian restoran perkhidmatan makanan segera KFC Holdings (Malaysia) Bhd membantu mempromosi dan menjual set Catur Bistari ini dan mempopularkannya dengan menganjurkan Cabaran Catur Bistari. Cabaran Catur Bistari KFC ini akan dijadikan acara tahunan.

Pusingan pertama pertandingan penentuan peringkat negeri Cabaran Catur Bistari KFC 2008/2009 yang dianjurkan bersama Bistari Young Entrepreneur Sdn Bhd ini diadakan pada Disember lepas dan peringkat kebangsaan dilangsungkan pada 10 Jan.

Dua belas pemain dengan Nilai Aset Individu Tertinggi (permainan) dari setiap negeri berserta wakil pelbagai agensi kerajaan, organisasi, institut pengajian tinggi sekolah, NGO dan usahawan seramai 690 orang, mengambil bahagian.

Pertandingan ini menawarkan hadiah menarik bernilai lebih RM110,000 dengan hadiah utama sebuah kereta Proton Saga 1.3 B-line MT beserta hadiah lain seperti wang tunai, pakej pelancongan ke Australia, China dan Jakarta, motosikal, piala pusingan dan sijil penyertaan.

NILAI ISLAM DAN HARAPAN TERHADAP CATUR BISTARI

Ketua Eksekutif Johor Corporation, Tan Sri Muhammad Ali Hashim berkata Catur Bistari diharapkan dapat menyemai benih keusahawanan dan semangat berniaga selain memberi pendedahan kepada amalan bisnes berlandaskan nilai Islam.

"Johor Corporation telah lama terlibat dengan pembangunan kemahiran keusahawanan terutama untuk golongan muda. Seminar, kursus, syarahan ada keterbatasannya. Cara yang efektif untuk menarik golongan muda ialah melalui permainan dan hiburan yang lebih santai, pada masa yang sama turut menyelitkan nilai-nilai baru dalam perniagaan", katanya kepada Bernama.

Muhammad Ali berkata Catur Bistari diperkenal dan dikaryakan bukan sahaja untuk menanam minat menjadikan bisnes sebagai kerjaya pilihan, lebih penting lagi ia membentuk ciri-ciri kecemerlangan usahawan berdasarkan nilai-nilai Islam.

Catur Bistari juga menyedarkan betapa pentingnya mendapatkan hikmah bisnes untuk berjaya selain mendedahkan hubung kait bisnes dengan beramal jariah.

"Kami cuba mendidik nilai murni. (Dalam permainan ini ) terdapat ruang dalam bisnes untuk membantu, bersedekah dan amal jariah", katanya.

Catur Bistari juga dicipta dengan hasrat mendidik bakal usahawan memikirkan tindakan secara jangka panjang dan mengambil tindakan strategik.

JIHAD BISNES

Muhammad Ali berkata, Catur Bistari menguji keupayaan diri peserta dan membentuk kecekapan mengatur langkah dan menyusun strategi dalam perniagaan, memupuk kemahiran dalam pengurusan kewangan selain menggalakkan kerjasama dalam menjayakan perniagaan.

Permainan ini turut memupuk nilai-nilai penting keusahawanan seperti belajar bila untuk mengambil risiko, membina kecekapan dan kemahiran perundingan serta persepakatan dalam menjayakan sesuatu usaha, memupuk minda keusahawanan, kemahiran dan kecekapan membuat keputusan serta semangat bisnes mengikut nilai Islam.

Mengambil contoh tindakan memboikot restoran makanan segera KFC kerana didakwa membantu menjayakan hasrat Israel, Muhammad Ali berkata dunia perniagaan global sekarang lebih kompleks.

"Bisnes yang kita sangkakan milik Amerika tidak semestinya hanya memanfaatkan mereka sahaja. Respons yang lebih wajar, contohnya, kita bekerjasama untuk mengambil alih KFC daripada mereka. Ia bukan sesuatu yang mustahil. Lihatlah, syarikat India pun boleh memegang kuasa dalam industri besi waja", jelasnya.

Jihad bisnes seperti ini lebih membina dan menyatukan manusia apatah lagi KFC Holdings (Malaysia) Bhd mempunyai 22,000 pekerja tempatan yang sebahagian besarnya beragama Islam dengan gaji RM300 juta setahun.

"Adalah mustahak untuk kita kumpul keupayaan ekonomi kita dalam menyelesaikan masalah yang lain", katanya.

PENGALAMAN SEBENAR

Johor Corporation mengambil masa setahun untuk membangunkan Catur Bistari dengan menghimpunkan semua pengalaman sebenar perniagaan Johor Corporation dan syarikat di bawahnya.

Johor Corp juga sedang mengusahakan versi junior untuk Catur Bistari yang dijangka siap menjelang akhir tahun selain mengkaji prospek untuk mengalih bahasa Catur Bistari kepada Bahasa Inggeris dan Arab untuk pasaran antarabangsa.

Set Catur Bistari boleh dibeli dengan harga RM89.90 satu set di semua Restoran KFC seluruh negara.



12 october ni bertanding. hari sabtu pukul 9 pagi. ayokk kena ponteng cls. k :3 takpe laaa. sooo, dah dekat tu, ktorg pun start lah practise. yg beria sgt nak prractise ni si danial. baguss lettuew. then td lps cls kul 12 ktorg peg ah kt kampus ktorg tgkt 13 main catur bistari tu. ouhh. kecoh gilaaa. haha memacam bebudak ni. tu baru latihan. belum bebetul lagi. kalau bebetul tu dah terbalik balik meja tu kot. bab suara semua taknak kalah. memasing nak kuat je suara. haha. lps 2jam tu benti laaa. yelaaa dua jam je kan duration. congratz to Aqif sbb menang. paling byk asset gitu. last week pun cmtu gak. menang jgk. untunglaaaaaaa Aqif kannn :p then dah hbs main tu, balik ah hostel. thanks to Aqif sbb teman aku balik smpai ke bangsar. youre so sweet Aqif. seyes tak tipu :) then balik makan tgk muvie, pstu teringin nak cerita pasal catur bistari kt korg. ni yg aku tulis ni. hikhik. 

you guys MUST try this game. seronok :)

p/s : wish ktorg menang eh sumorang. hihi ;)

salam sayang,
fatinfuentebella xoxo 

Post a Comment

0 Comments